RENUNGAN

kesidang

jadilah bangsa yang bermaruah

Isnin, 31 Mei 2010

Secalit Budi...




Tiga orang warga emas dan kurang upaya telah menerima kunjungan isteri YB Tuan Haji Rozi Mamat dan rombongan sempena Program Juara Rakyat Bulan Wanita dan Kebajikan. Mereka menerima hamper berupa keperluan dapur dan makanan. Rasa terharu terpancar diwajah mereka yang menerima bantuan tersebut.

Jasamu Dikenang


'Cikgu Mat Senyum' dinobatkan sebagai Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2010. Penganugerahan disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO), Tuan Haji Rozi bin Mamat. Majlis berlangsung pada 31 Mei 2010 bertempat Di Dewan Ton Indera, SMK Tersat, Hulu Terengganu.